Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hai, selamat datang kepada semua pembaca! 

Sedikit pengenalan tentang diri saya sebagai penulis blog ini. Nama diberi ialah Siti Nor Hapizah Binti Mohd Ali bernombor matriks 203936. Saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya merupakan anak kelahiran Pantai Timur yang terkenal dengan penyu dan pulau-pulau yang cantik. Mesti korang dah dapat agak negeri mana kan? Tidak lain tidak bukan ialah negeri Terengganu. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Hobi saya ialah mendengar muzik, menonton drama, dan membaca buku. Saya dilahirkan pada tahun 1999 dan masih muda dan mentah. Masih banyak liku-liku perjalanan yang perlu ditempuhi dalam bergelar seorang insan. 

Mungkin mereka yang tidak mengenali saya akan rasa saya ini seorang yang pendiam dan tidak mesra. Tetapi, saya cukup mesra dengan orang di sekeliling terutamanya dengan mereka yang saya rapat. Prinsip diri saya ialah jangan berhenti bermimpi. Kata orang, mimpi itu percuma, tidak perlu dibayar. Selepas anda bangun dari mimpi, anda harus bertindak dalam merealisasikan mimpi itu. Saya harap pembaca gembira mengikuti blog ini. Terima kasih.😊





1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...