RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 76.
NOTA: Mug shot merupakan gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Mug shot ini adalah bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah tersebut mudah dikenali oleh orang ramai. Tambahan lagi, asas fotografi mug shot ini tidak sesuai untuk video kerana pergerakan seseorang dalam video tersebut. Gambar atau foto yang kebiasannya menggunakan tangkapan mug shot ialah kad pengenalan, gambar pasport dan ketika sesi temu bual bersama wartawan. Namun, mug shot untuk kad pengenalan dan pasport agak berlainan kerana dilakukan dalam tempat yang spesifik iaitu dalam studio yang mempunyai latar belakang yang dapat dikenal pasti.
MODEL: Siti Nor Hapizah Binti Mohd Ali (203936)
1. EMOSI GEMBIRA
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi gembira. Dapat dilihat reaksi muka model yang menunjukkan kesenangan dan kegembiraan yang jelas. Senyuman yang lebar dan mata yang bersinar jelas menunjukkan bahawa model tersebut sedang gembira.
2. EMOSI SEDIH
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi sedih. Kesedihan jelas terpancar di muka model tersebut. Kerutan di dahi, mata yang berair dan kedudukan bibir yang sedikit ke bawah menggambarkan kesedihan.
3. EMOSI TAKUT
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi takut. Hal ini dapat dilihat jelas daripada reaksi muka model dengan mata yang besar, membuka sedikit mulut, mengerutkan dahi dan menutup mulut sebagai tanda terkejut.
4. EMOSI GERAM
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi geram. Hal ini dapat dilihat jelas daripada reaksi muka model yang menunjukkan perasaan geram dengan mata yang tajam, mengancing gigi dan mengetap bibir.
5. EMOSI MARAH
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi marah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada reaksi muka model yang menggambarkan kemarahan dengan membulatkan mata, pandangan yang tajam, memuncungkan mulut dan mengangkat jari telunjuk dimana kesabarannya sudah habis.
6. EMOSI TERKEJUT
Huraian: Gambar di atas menujukkan emosi terkejut. Hal ini jelas kelihatan daripada reaksi muka model yang menunjukkan perasaan terkejut seperti tidak percaya dan "Benarkah?". Mata yang besar, mulut yang sedikit terbuka, kening yang terangkat dan menutup mulut jelas menunjukkan ekspresi terkejut.
7. EMOSI KETAWA
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi ketawa. Hal ini jelas dapat dilihat daripada reaksi muka model yang menunjukkan kegembiraan dengan mulut yang terbuka, mata yang sedikit tertutup dan menekup mulut. Menekup mulut ketika ketawa merupakan suatu perkara yang sopan.
-BUKU RUJUKAN-
Model dari mana nie ? Nicky ka ? 🥰
ReplyDeleteNicky who? saya cuma kenal Adilla comel je.
Delete