Hi semua! Untuk pengetahuan semua, saya juga mempunyai akaun Instagram sebagai @yuyu.yaaa. Saya telah melakukan posting mengenai ketenangan. Anda semua boleh melawat instagram saya dan jangan lupa follow dan like! Terima kasih.
Oh ya! Saya juga ada memberi dan membalas komen dengan rakan-rakan saya di Instagram mereka mengenai ketenangan. Hal ini kerana setiap individu mempunyai pandangan, idea dan sumber ketenangan yang berbeza dan tersendiri.
Hai semua! Untuk pengetahuan semua, saya mempunyai akaun Twitter iaitu sebagai @HapizahAl. Jangan lupa follow ye hehew~~ Saya ada tweet berkenaan dengan estetika. Dalam tweet tersebut saya ada menjelaskan apa itu estetika dan contohnya.
Berikut merupakan tweet oleh rakan-rakan yang saya telah ulang kicau (retweet) mengenai estetika. Hal ini kerana setiap individu mempunyai pandangan dan idea masing-masing mengenai topik yang dibincangkan iaitu estetika.
Rujukan:Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Dalam asas fotografi, terdapat empat jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Kesemua flatlay tersebut adalah berbeza dan menghasilkan gambar yang diambil dari pelbagai sudut dan menampakkan perbezaan yang ketara.
Rujukan:Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Teori Analisis Wacana Kritis (VanDijk, 1977)
VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan makro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Elemen-elemen tersebut perlu dianalisis dari segi struktur makro, superstruktur dan struktur mikro.
Hai semua! Hari ini saya akan berkongsi tentang sebuah video dimana ianya dapat memberikan banyak perkongsian dan inspirasi kepada semua. Saya agak tertarik dengan rancangan siaran langsung yang diadakan di Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) pada 16 April 2021. Siaran langsung tersebut bertajuk 'Dilema Pengembara' dengan tetamu jemputan khas iaitu Sr Gs. Dr Siti Nur Aliaa Roslan yang merupakan pensyarah di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).
Dr. Nur Aliaa telah berkongsi pengalaman beliau mengenai pengembaraannya mengelilingi dunia. Beliau telah memulakan pengembaraan sejak menjangkau umur 16 tahun lagi. Sehingga kini, beliau telah mengembara ke 21 buah negara di dunia. Di samping itu, Dr. Siti Nur Alia juga ada berkongsi tentang cabaran yang dihadapi beliau sepanjang mengembara, tips dan nasihat kepada peserta tentang pengembaraan. Beliau juga turut berkongsi tentang pengembaraan kegemaran beliau. Di samping itu, Dr. Siti Nur Aliaa merupakan seorang yang berani, berdikari dan berjiwa bebas! Ternyata, ramai peserta atau penonton yang bersama-sama ketika siaran langsung tersebut berlangsung berasa teruja dan kagum mendengar perkongsian-perkongsian beliau.
Di samping itu, cerita yang dikongsi oleh Dr. Siti Nur Aliaa turut memberikan saya semangat dan inspirasi kepada diri saya sendiri untuk pergi mengembara ke negara-negara lain dan mengumpul banyak pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Bak kata peribahasa Melayu 'jauh perjalanan, luas pemandangan'. Tambahan lagi, saya seorang yang sukakan gunung dan pemandangan yang cantik dan sukar untuk didapati di Malaysia, jadi saya harus keluar mengembara dan keluar dari zon selesa serta mencuba banyak perkara.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Bird's Eye View: Gambar yang diambil dari sudut pandangan tinggi seperti yang dilihat oleh burung yang sedang terbang. Gambar tersebut menunjukkan pemandangan yang jelas dan lebar serta meluas.
PAPAN CERITA BIRD'S EYE VIEW
GAMBAR BIRD'S EYE VIEW
MODEL: ALAM SEMULA JADI
Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan di muara sungai Terengganu yang jelas dan luas dari sudut pandangan burung yang sedang terbang.
Model: Bangunan
Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan matahari terbenam di sebalik hamparan bangunan-bangunan yang jelas dan luas dari sudut pandangan burung.
Model: Alam Semula Jadi & Jambatan
Gambar di atas menujukkan gambar pemandangan muara sungai, daratan dan laut serta jambatan yang tinggi dari sudut pandangan seekor burung.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Pendua: Pendua merupakan gambar yang diambil dengan pantulan yang terdiri daripada cermin, air dan apa juga yang boleh memberikan dua gambar yang sama. Pendua biasanya digunakan dalam memaparkan gambaran yang abstrak agar individu melihat kepada kedua-dua gambar tersebut.
PAPAN CERITA PEDUA
GAMBAR PENDUA
Model: Alam semula jadi
Gambar di atas menunjukkan pantulan matahari pada air yang mengalir
Model: Kucing
Gambar di atas menunjukkan pantulan muka kucing yang terdapat dalam air ketika kucing tersebut sedang meminum air.
Model: Izanif Haizat
Gambar di atas menunjukkan pantulan bayang seorang lelaki yang berada di pesisir pantai di bawah sinaran matahari yang terik.
Model: Hapizah Ali
Gambar di atas menunjukkan pantulan bayang-bayang seorang wanita yang berada di tengah jalan raya di bawah matahari yang terik.
Model: Siti Zubaidah
Gambar di atas menujukkan pantulan wajah seorang wanita di cermin.
Model: Izanif Haizat
Gambar di atas menujukkan pantulan wajah seorang seorang lelaki yang sedang tersenyum lebar di cermin.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kabur: Kabur merupakan gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur. Objek atau apa juga bahan yang merupakan latar belakang gambar masih kelihatan namun kabur. Kekaburan dibuat agar gambar lebih berfokus kepada perkara yang ingin ditonjolkan. Dalam pada itu, kabur bukan sahaja pada latar belakang tetapi terdapat juga bahan atau objek di hadapan yang kabur.
PAPAN CERITA KABUR
GAMBAR KABUR
Model: Bunga
Gambar di atas menunjukkan gambar yang berfokus kepada bunga yang berwarna putih dan mempunyai latar belakang yang kabur.
Model: Bunga
Gambar di atas menunjukkan gambar bunga yang berwarna merah jambu yang kabur bagi menonjolkan latar belakang iaitu pokok bunga.
Model: Kucing
Gambar di atas berfokus kepada kucing yang sedang menguap dan mempunyai latar belakang yang kabur.
Model: Kucing
Gambar di atas menunjukkan seekor kucing yang sedang duduk di atas rumput tetapi wajanya dikabukan dan menfokuskan kepada latar belakang iaitu semak.