Saturday, April 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 DILEMA PENGEMBARA



Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP)
Sumberhttps://youtu.be/bQCPNh8Es1o


Hai semua! Hari ini saya akan berkongsi tentang sebuah video dimana ianya dapat memberikan banyak perkongsian dan inspirasi kepada semua. Saya agak tertarik dengan rancangan siaran langsung yang diadakan di Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) pada 16 April 2021. Siaran langsung tersebut bertajuk 'Dilema Pengembara' dengan tetamu jemputan khas iaitu Sr Gs. Dr Siti Nur Aliaa Roslan yang merupakan pensyarah di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Dr. Nur Aliaa telah berkongsi pengalaman beliau mengenai pengembaraannya mengelilingi dunia. Beliau telah memulakan pengembaraan sejak menjangkau umur 16 tahun lagi. Sehingga kini, beliau telah mengembara ke 21 buah negara di dunia. Di samping itu, Dr. Siti Nur Alia juga ada berkongsi tentang cabaran yang dihadapi beliau sepanjang mengembara, tips dan nasihat kepada peserta tentang pengembaraan. Beliau juga turut berkongsi tentang pengembaraan kegemaran beliau. Di samping itu, Dr. Siti Nur Aliaa merupakan seorang yang berani, berdikari dan berjiwa bebas! Ternyata, ramai peserta atau penonton yang bersama-sama ketika siaran langsung tersebut berlangsung berasa teruja dan kagum mendengar perkongsian-perkongsian beliau.

Di samping itu, cerita yang dikongsi oleh Dr. Siti Nur Aliaa turut memberikan saya semangat dan inspirasi kepada diri saya sendiri untuk pergi mengembara ke negara-negara lain dan mengumpul banyak pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Bak kata peribahasa Melayu 'jauh perjalanan, luas pemandangan'. Tambahan lagi, saya seorang yang sukakan gunung dan pemandangan yang cantik dan sukar untuk didapati di Malaysia, jadi saya harus keluar mengembara dan keluar dari zon selesa serta mencuba banyak perkara.
 

Kehadiran

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...