Rujukan: Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 23-24.
CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Pada
hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah yang di beli di
pasar tani iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi.
Bapa mengetahui bahawa Alim, Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Selepas
melihat buah-buahan yang banyak itu, Abang Imran bertanya kepada bapa dari manakah
bapa membeli buah-buahan tersebut. Lalu, bapa menjawab bahawa bapa membelinya dari
pasar tani dan mengarahkan Abang Imran supaya memanggil ahli keluarga yang lain
untuk datang makan buah-buahan tersebut.
Madinah
menjerit sambil melompat kerana teruja melihat buah-buahan yang banyak itu. Aisyah
pula berlari mendapatkan buah manggis yang terdapat dalam plastik. Kemudian, ibu
menyediakan bakul sampah dan mengarahkan semua orang untuk membuang sampah ke
dalam bakul sampah tersebut. Ibu juga memberi peringatan supaya mereka tidak
mempuang sampah merata-rata dan mengotorkan rumah. Imran, Madinah, Alim dan
Aisyah mengangguk faham. Tiba-tiba, Alim bertanya kepada ibu bolehkah mereka
memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman? Hal ini kerana ibu dan
bapa sering berpesan kepada Alim dan adik-beradiknya untuk berkongsi barang atau
makanan adalah satu perbuatan yang baik. Ibu memuji sikap Alim yang suka
berkongsi dan mengingati pesanan ibu dan bapa sambil meletakkn buah-buhan ke
dalam plastik merah.
Lalu,
ibu menghulurkan plastik merah berisi buah-buahan tersebut kepada Alim untuk
diberikan kepada Sulaiman. Ibu turut memberitahu Alim bahawa ibu ternampak
Sulaiman sedang meyiram pokok bunga. Alim menyambut huluran ibu dan mengucapkan
terima kasih serta berlari menuju ke rumah Sulaiman. Alim memberikan plastik yang
berisi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan
terima kasih kepada Alim atas kebaikannya. Kemudian, Alim berlari pulang mendapatkan
keluarganya sambil tersenyum puas. Hal ini kerana Alim tau sifat berkongsi itu
baik dan mengetahui kenapa adik-beradiknya juga akan berkongsi barang dan
mainan dengannya.
Setelah
selesai makan, Alim menolong Abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa mengemas
rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan tersebut ke dalam tong sampah
besar yang berada di luar rumah. Kemudian, Alim bertemu dengan ibu Sulaiman
iaitu Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai. Makcik Timah mengucapkan terima
kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Alim menyatakan
bahawa ibunya berpesan bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik dan Sulaiman
merupakan jiran yang baik. Begitu juga Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub. Makcik
Timah mengiakan pernyataan Alim tersebut dengan riak muka yang sedih. Alim yang
melihat berasa hairan kenapa Mak Cik Timah bersedih dan bertanya. Kemudian, Makcik
Timah menjawab bahawa dia tidak sedih, malah gembira kerana Alim bersikap baik
terhadap Sulaiman sambil memandang ke arah Sulaiman yang sedang membasuh
basikalnya.
Alim menjelaskan kepada Mak Cik Timah bahawa Sulaiman merupakan kawannya dan dia suka berkawan dengan Sulaiman sambil melambai kearah Mak Cik Timah lalu masuk ke rumahnya. Mak Cik Timah memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah san berdoa akan kesihatan dan Alim sekeluarga.
..........
No comments:
Post a Comment