Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Dalam penggunaan kamera, video dan bahan yang mengandungi grafik, asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahimi oleh semua orang yang meminati bidang ini. Asas grafik mempunyai lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Grafik yang sempurna mempunyai kelima-lima elemen tersebut, tetapi tidak semua elemen grafik terdapat dalam bahan tersebut. Setiap grafik mempunyai mesej tertentu yang cuba disampaikan. Oleh itu, pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik.

Elemen Asas Grafik:

Elemen

Huraian

 

 

Mudah

 

·  Mudah dalam konteks asas grafik dalam multimedia dapat dijelaskan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Tambahan lagi, mudah juga merupakan sesuatu mesej yang terdapat gambaran dan difahami dengan baik tanpa sebarang kekeliruan.

·   Contohnya, foto sekuntum bunga ros berwarna merah di dalam pasu. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sekuntum bunga ros berwarna merah.

 

 

 

Warna

 

 

·      Warna merupakan perkara yang penting dalam grafik. Grafik yang baik mengandungi tidak lebih daripada tiga warna dan kebanyakkan foto dan video mempunyai lebih daripada tiga warna. Namun, ianya berdasarkan objektif atau mesej yang ingin disampaikan.

 

  

Teks

 

·      Teks ialah berdasarkan pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam mempersembahkan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman grafik. Di samping itu, warna yang terdapat dalam font tersebut juga memainkan peranan penting dalam asas grafik.

 

 

Kesesuaian

·     Kesesuaian dalam grafik dapat dilihat daripada kesesuaian grafik dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam dalam sesuatu foto, video atau bahan grafik yang lain.

 

 

Keseimbangan

·       Ruang dalam foto dan video merujuk kepada keseimbangan dalam grafik. Ruang tersebut ialah ruang di kiri dan kanan serta berat di ruang tersebut. Grafik yang sempurna mempunyai berat yang seimbang. Keseimbangan grafik juga diambil kira apabila grafik dilihat daoat disampaikan dengan baik.

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 71-73.



BBM3410-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

 

1. Intuisi

2. Konteks

 

·         Penerimaan/

       penafiaan

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

 

 

 

 

 

EMOSI

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi

bercampur

 

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

 

 

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2. Formal/ tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

INFERENS

 

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata


 Sumber: Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Srategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 13.

Huraian:

Pra-andaian: Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan terlebih dahulu sebelum memulakan suatu garis hujah atau tindakan. Pra-andaian dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Instusi merujuk kepada kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual yang timbul di luar kesedaran seseorang. Manakala, konteks pula dapat dilihat menerusi aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi: Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa. Emosi muncul di dalam diri seseorang akibat daripada rangsangan, sama ada dari dalam atau luar diri sendiri. Emosi adalah bercampur diantara dua aspek iaitu aspek positif dan aspek negatif. Emosi dapat dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar diri seseorang.

Nilai dan Budaya: Nilai dan budaya dapat dinilai dari aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai tersebut ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

Bahasa: Bahasa yang dianalisis dalam wacana dapat melihat kepada bahasa pertama/kedua/ketiga dan sebagainya. Selain itu, bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam penganalisisan wacana, analisis kesalahan bahasa dan aspek linguistik juga dilakukan agar nampak lebih kritis dan huraian lebih jelas dan padat.

Inferens: Inferens melibatkan tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Aspek-aspek tersebut perlu dianalisis dan dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan tersebut lebih lengkap dan jelas.



Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

 

 

 

Watak

- Alim

- Ibu dan bapa

- Datuk dan nenek sebelah sebelah ibu

- Datuk dan nenek sebelah bapa

- Abang Imran

- Kak Madinah

- Aisyah

 

 

 

 

 


 

 

Latar Tempat

 

 

      ·         Kampung

-          Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

 

      ·         Reban

-          Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban.

 

      ·         Rumah datuk dan nenek

-          Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke dalam rumah datik dan nenek.

 

      ·         Ruang tamu rumah datuk dan nenek

-          Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

      ·         Dapur rumah datuk dan nenek

-          Kelihatan dari dapur, ibu dan bapa serta datuk dan nenek sedih melihat kelakuan Alim hari ini.

 

Latar Masa

- 30 minit perjalanan.

 

 

Latar Masyarakat

      ·         Masyarakat yang penyayang

-          Alim menangis kerana menyangka ayam dan itik sudah mati.

 

      ·         Masyarakat yang prihatin

-         Ibu dan bapa serta datuk dan nenek sedih melihat kelakuan  Alim hari ini.

 

 

 

Emosi Positif

      ·         Tersenyum

-          Alim tersenyum melihat ayam dan itik.

 

      ·         Ketawa

-          Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar   dalam televisyen.

 

 

 


Emosi Negatif

 

      ·         Menangis

-          Alim menangis.

 

      ·         Marah

-          Alim marah.

 

      ·         Sedih

-          Alim sedih.

 


Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 22-23.







BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hai, selamat datang kepada semua pembaca! 

Sedikit pengenalan tentang diri saya sebagai penulis blog ini. Nama diberi ialah Siti Nor Hapizah Binti Mohd Ali bernombor matriks 203936. Saya merupakan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya merupakan anak kelahiran Pantai Timur yang terkenal dengan penyu dan pulau-pulau yang cantik. Mesti korang dah dapat agak negeri mana kan? Tidak lain tidak bukan ialah negeri Terengganu. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Hobi saya ialah mendengar muzik, menonton drama, dan membaca buku. Saya dilahirkan pada tahun 1999 dan masih muda dan mentah. Masih banyak liku-liku perjalanan yang perlu ditempuhi dalam bergelar seorang insan. 

Mungkin mereka yang tidak mengenali saya akan rasa saya ini seorang yang pendiam dan tidak mesra. Tetapi, saya cukup mesra dengan orang di sekeliling terutamanya dengan mereka yang saya rapat. Prinsip diri saya ialah jangan berhenti bermimpi. Kata orang, mimpi itu percuma, tidak perlu dibayar. Selepas anda bangun dari mimpi, anda harus bertindak dalam merealisasikan mimpi itu. Saya harap pembaca gembira mengikuti blog ini. Terima kasih.😊





SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...