Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

 

1. Intuisi

2. Konteks

 

·         Penerimaan/

       penafiaan

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

 

 

 

 

 

EMOSI

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi

bercampur

 

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

NILAI DAN BUDAYA

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

 

 

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2. Formal/ tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

INFERENS

 

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata


 Sumber: Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Srategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 13.

Huraian:

Pra-andaian: Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan terlebih dahulu sebelum memulakan suatu garis hujah atau tindakan. Pra-andaian dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Instusi merujuk kepada kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual yang timbul di luar kesedaran seseorang. Manakala, konteks pula dapat dilihat menerusi aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi: Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa. Emosi muncul di dalam diri seseorang akibat daripada rangsangan, sama ada dari dalam atau luar diri sendiri. Emosi adalah bercampur diantara dua aspek iaitu aspek positif dan aspek negatif. Emosi dapat dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar diri seseorang.

Nilai dan Budaya: Nilai dan budaya dapat dinilai dari aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai tersebut ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

Bahasa: Bahasa yang dianalisis dalam wacana dapat melihat kepada bahasa pertama/kedua/ketiga dan sebagainya. Selain itu, bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam penganalisisan wacana, analisis kesalahan bahasa dan aspek linguistik juga dilakukan agar nampak lebih kritis dan huraian lebih jelas dan padat.

Inferens: Inferens melibatkan tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Aspek-aspek tersebut perlu dianalisis dan dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan tersebut lebih lengkap dan jelas.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...