Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Dalam penggunaan kamera, video dan bahan yang mengandungi grafik, asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahimi oleh semua orang yang meminati bidang ini. Asas grafik mempunyai lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Grafik yang sempurna mempunyai kelima-lima elemen tersebut, tetapi tidak semua elemen grafik terdapat dalam bahan tersebut. Setiap grafik mempunyai mesej tertentu yang cuba disampaikan. Oleh itu, pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik.

Elemen Asas Grafik:

Elemen

Huraian

 

 

Mudah

 

·  Mudah dalam konteks asas grafik dalam multimedia dapat dijelaskan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Tambahan lagi, mudah juga merupakan sesuatu mesej yang terdapat gambaran dan difahami dengan baik tanpa sebarang kekeliruan.

·   Contohnya, foto sekuntum bunga ros berwarna merah di dalam pasu. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sekuntum bunga ros berwarna merah.

 

 

 

Warna

 

 

·      Warna merupakan perkara yang penting dalam grafik. Grafik yang baik mengandungi tidak lebih daripada tiga warna dan kebanyakkan foto dan video mempunyai lebih daripada tiga warna. Namun, ianya berdasarkan objektif atau mesej yang ingin disampaikan.

 

  

Teks

 

·      Teks ialah berdasarkan pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam mempersembahkan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman grafik. Di samping itu, warna yang terdapat dalam font tersebut juga memainkan peranan penting dalam asas grafik.

 

 

Kesesuaian

·     Kesesuaian dalam grafik dapat dilihat daripada kesesuaian grafik dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam dalam sesuatu foto, video atau bahan grafik yang lain.

 

 

Keseimbangan

·       Ruang dalam foto dan video merujuk kepada keseimbangan dalam grafik. Ruang tersebut ialah ruang di kiri dan kanan serta berat di ruang tersebut. Grafik yang sempurna mempunyai berat yang seimbang. Keseimbangan grafik juga diambil kira apabila grafik dilihat daoat disampaikan dengan baik.

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 71-73.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...