1. BM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN
: (2020). Instagram: 9gag. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CIaCt0CHhsQ/?igshid=hwox8jfxlibu
HURAIAN : Gambar di atas
menunjukkan seorang kanak-kanak sedang meniup seruling di taman bunga.
Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat menghayati bunyi alunan seruling yang
dialunkan olehnya tanpa sebarang gangguan. Taman yang dipenuhi dengan bunga
berwarna merah dan ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mewujudkan
suasana yang harmoni. Sesiapa yang melihat gambar tersebut dapat merasa
ketenangan kerana alam semula jadi tidak dapat dipisahkan dengan unsur
ketenangan.
2. BBM3410-2021-MINGGU 2-
KESESUAIAN- INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Sukan Dan Rekreasi
RUJUKAN : (2021), Diakses pada April
2, 2021, daripada Ms.morefit.eu
website:https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimg.morefit.eu%2FFitness%2FTraining%2F454545784.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fms.morefit.eu%2Fkelebihan-berjoging-di-petang%2F&tbnid=XVJCeOWm7qsVJM&vet=12ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ..i&docid=iXCLt461Kb2kzM&w=630&h=420&q=GAMBAR%20ORANG%20BERJOGGING&ved=2ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan wanita yang sedang berjoging di sebuah pantai.
Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen kesesuaian kerana ia
bersesuaian dengan latar tempat pada ketika itu iaitu sebuah taman. Taman
merupakan tempat yang bersesuaian untuk beriadah dan melakukan pelbagai
aktiviti antaranya adalah dengan larian setempat ataupun jogging. Wanita
tersebut juga mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
iaitu pakaian sukan. Latar masa yang digunakan juga bersesuaian dengan aktiviti
yang dilakukan iaitu pada waktu petang. Oleh itu dapat disimpulkan, gambar
berkenaan menepati elemen kesesuaian.
3. BBM3410-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN
:
Kesesuaian
TEMA : Pelajar
RUJUKAN :
Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=pelajar+universiti&tbm=isch&ved=2ahUKEwj3w5rk39_vAhUeG7cAHYsnBVQQ2-cCegQIABAA&oq=pelajar+universiti&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAOgQIIxAnOgQIABBDOgUIABCxAzoICAAQsQMQgwFQm0ZYxGxguW9oAHAAeAKAAe0EiAGFJJIBCzEuOC40LjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=HCdnYPfFDp623LUPi8-UoAU#imgrc=W-g4I3wVMIguVM
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar universiti perempuan sedang membaca
buku di sebuah perpustakaan. Pelajar tersebut yang memakai baju casual,
membaca buku di meja dan suasana di belakang menunjukkan rak-rak
buku yang banyak, amat sesuai sekali situasinya.
4. BBM3410-2021- MINGGU 2-
KESESUAIAN - INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Minuman
RUJUKAN : (2020). Diakses pada April 2, 2021, daripada Foodbusinessnews.net website: https://www.foodbusinessnews.net/ext/resources/2020/1/Starbucks2020Bevs_Lead.jpg?t=1578409533&width=1080
HURAIAN : Secara jujurnya, gambar di
atas sangat menarik dan berjaya memukau audiens dengan penggunaan warna yang
menarik. Namun gambar tersebut diletakkan di bawah elemen kesesuaian kerana
pemilihan warna dan gambar latar yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa
yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, gambar pertama dengan latar berwarna
merah jambu berserta kacang membawa maksud air berperisa Almondmilk Honey Flat,
gambar kedua berperisa Coconutmilk Latte dan Oatmilk Honey Latte bagi gambar
ketiga. Jadi elemen kesesuaian merupakan elemen pemberat bagi gambar di atas.
5. BBM3204-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEM : Kesesuaian
TEMA : Keluarga
RUJUKAN : Internet, Redaksi. Diakses pada 30 April 2021
daripada
https://images.app.goo.gl/ZVuMVpQeaTmiqReB6
HURAIAN : Berdasarkan gambar di atas, sebuah keluarga sedang
berkelah di taman. Hal ini menunjukkan ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak. Terdapat makanan yang dihidang dan
disertai barangan permainan seperti bola. Ini menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain dalam gambar tersebut. Gambar
ini jelas menunjukkan kegembiraan sebuah keluarga yang dapat meluangkan masa
bersama pada waktu cuti.
6. BBM3204-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pemandangan (Orang)
RUJUKAN
:
Emma. (2019, October 9). Emma's Edition. Retrieved from HOW TO POSE AT A
PUMPKIN PATCH: https://www.emmasedition.com/2019/10/how-to-pose-at-a-pumpkin-patch.html
HURAIAN
: Gambar
grafik yang dilampirkan di atas menunjukkan tiga orang wanita di lading labu.
Elemen-elemen dalam gambar tersebut daripada watak sehingga latar kawasan
saling melengkapi antara satu dengan lain. Daripada gabungan elemen-elemen ini,
audiens dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penyunting.
7. BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Makanan
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses
pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/723672233873486371/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan tentang
makanan yang sering dibawa untuk berkelah. Setiap bahan dalam gambar di atas
seperti makanan dan bakul sangat bersesuaian antara satu sama lain untuk
menaikkan lagi semangat berkelah. Selain itu, kedudukan makanan dan bakul
sangat bersesuaian dengan latar tempat. Walau bagaimanapun, dalam gambar di
atas juga jelas menunjukkan bahawa suasana pada waktu petang sangat sesuai
untuk berkelah atau bersantai-santai.
8. BBM 3410-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN- INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Kegembiraan
RUJUKAN : Internet. Pinterest. Diakses
pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/313633561551317601/
HURAIAN : Gambar di atas menerangkan
tentang tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi pantai. Kanak-kanak
tersebut berlari dengan berkaki ayam sambil menunjukkan riak wajah yang
gembira. Langit yang cerah dan redup menunjukkan suasana waktu petang yang
mendamaikan. Suasana waktu petang yang mendamaikan itu jelas menyebabkan kanak
kanak tersebut sangat gembira bermain di tepi pantai.
9. BBM3410-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Alam sekitar
RUJUKAN : Limau, S. (26 Januari,
2017). 5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus Untuk Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April,
2021, daripada https://siraplimau.com/5-sebab-aktiviti-berkebun-bagus-untuk-kanak-kanak/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang sedang berkebun di lama rumah mereka. Seorang
kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedang diajar oleh ibu bapa mereka
tentang cara untuk berkebun. Hal ini kerana aktiviti berkebun sangat bagus
untuk kanak-kanak kerana mereka dapat belajar menghargai dan menikmati hasil
tanaman sendiri. Gambar ini jelas menunjukkan bahawa keluarga tersebut berasa
gembira dapat meluangkan masa melakukan aktiviti berkebun bersama-sama.
10. BBM3410-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN-INTERNET
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN
: Bagiinfo. (2018). Diakses pada 2nd
April,2021. daripada https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=j2sug9%2fu&id=8FA39DF73F1C6817FBBCCE8B8ECC6F26213AC001&thid=OIP.j2sug9_uyqGwleVnRgk-GgHaEV&mediaurl=https%3a%2f%2fi0.wp.com%2fbagiinfo.com%2fwp-content%2fuploads%2f2016%2f09%2fgambar-pemandangan-pantai-dengan-penginapan-unik.jpg%3fresize%3d1037%252C607&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR8f6b2e83dfeecaa1b095e56746093e1a%3frik%3dAcA6ISZvzI6Lzg%26pid%3dImgRaw&exph=607&expw=1037&q=pemandangan+pantai&simid=607997803880728795&ck=86AC6C5DB5CDD06F9ABAB4AA5FAFA7DF&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0
HURAIAN
: Gambar di atas menunjukkan
pemandangan di pantai dengan beberapa rumah di atas air. Air yang sangat biru dapat menenangkan jiwa.
Apabila rasa tertekan, tempat ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan.
Apabila balik dari percutian, sudah pasti tidak dapat dilupakan pemandangan
tersebut.
1. BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN
: Gambar sendiri
HURAIAN
: Gambar di atas menunjukkan gambar
pantai pada waktu malam. Gambar tersebut diambil di Tanjung Lipat, Sabah.
Pemandangan pada waktu malam sangat cantik. Apabila menatap kembali gambar ini,
saya akan berasa sangat tenang dan perasaan ingin kembali lagi
ke sana sangat kuat.
2. BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Alam semulajadi
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan lima orang remaja perempuan yang berada di
Bukit Ekspo, UPM pada waktu pagi. Kelima-lima remaja perempuan tersebut sedang
menikmati keindahan pancaran cahaya matahari. Hal ini dapat dilihat pada wajah
mereka semua yang berasa gembira ketika menikmati sinaran matahari di waktu
pagi. Gambar ini sesuai dikatakan yang mereka berasa seronok kerana pergi ke
Bukit Ekspo pada hari tersebut dan keseronokan tersebut jelas terpancar di
wajah mereka.
3. BBM 3410-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN- GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas merupakan gambar dua
orang perempuan sedang berkelah di tepi tasik.
Terdapat perkelahan, makanan dan minuman yang diletakkan di atas tikar
kecil. Mereka sedang Menyusun makanan dan minuman sebelum menikmati perkelahan
mereka. Suasana yang redup menunjukkan mereka duduk di bawah pokok yang rendang.
Keadaan ini memberi ketenangan kepada mereka untuk menikmati perkelahan
tersebut.
4. BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Gadis Melayu
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas jelas
menunjukkan gambar seorang gadis melayu yang anggun dan manis. Gambar gadis di
atas yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana kampung sangat bersesuaian. Selain itu, sesiapa yang
memandang wajah gadis ini pasti akan berasa tenang dan selesa dengan mukanya
yang manis. Gadis di dalam gambar di atas juga mengenakan pakaian yang sesuai
iaitu baju kurung dan tudung yang sopan sesuai dengan perwatakannya.
5. BBM3204-2021-MINGGU
2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN
: Gambar
sendiri
HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan
di atas merupakan gambar menampakkan elemen kesesuaian. Hal ini demikian
kerana, daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa latar tempat dan latar
masanya mempunyai kaitan yang bersesuaian. Daripada gambar tersebut, audiens
faham bahawa penyunting cuba menyampaikan mesej mengenai keadaan senja kawasan
tersebut. Keadaan langit yang gelap dan dengan adanya cahaya matahari sewaktu
petang memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang keadaan tersebut.
6. BBM3204-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR
SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Pendidikan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sekumpulan pelajar yang
lengkap berpakaian graduasi di sekolah. Ini menunjukkan mereka sedang menyambut
Hari Graduasi setelah
tamat pengajian di Tingkatan Enam. Kombinasi baju dan jambangan bunga
menunjukkan kesesuaian dengan hari tersebut. Tempat dan masa mempunyai latar
yang bersesuaian antara satu sama lain.
7. BBM3410-2021- MINGGU 2-
KESESUAIAN - GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Alam semula jadi
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas jelas
menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini dikaitkan dengan tema yang
dibincangkan. Dengan latar belakang pokok nyior yang tinggi rampai dan banyak
dapat menunjukkan keindahan alam semula jadi serta memukau audiens yang melihat
gambar tersebut.
8. BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN- GAMBAR SENDIRI
ELEMEN
:
Kesesuaian
TEMA : Pelajar
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar perempuan yang sedang berada di
makmal komputer. Gambar ini juga memfokuskan bahawa pelajar tersebut sedang
tekun menelaah buku sambil jarinya menaip ini pad kekunci komputer. Gambar ini
jelas menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang tekun membuat kerjanya dan
elemen kesesuaian dapat ditunjukkan dalam gambar ini.
9. BBM3410-2021-
MINGGU 2- KESESUSAIAN-GAMBAR
SENDIRI
ELEMEN :
Kesesuaian
TEMA :
Kehidupan
RUJUKAN :
Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan seorang individu yang memakai pelitup muka. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Bagi Langkah berjaga-jaga, individu tersebut telah memakai pelitup muka ketika berada di lokasi tumpuan orang ramai. Hal ini telah menunjukkan bahawa aksi atau tindakan individu tersebut adalah sesuai dengan latar tempat dan waktu.
10. BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan
orang ramai sedang duduk dan berbual sambil menikmati minum petang di sebuah
kafe. Gambar berkenaan merangkumi elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana
perbuatan minum kopi dan menikmati minum petang merupakan perbuatan yang bersesuaian
untuk dilakukan dalam situasi diatas. Di mana situasi tersebut melibatkan latar
tempat iaitu sebuah kafe yang merupakan tempat untuk bersantai dan menikmati
minuman serta makanan.
Carta Organisasasi Elemen Kesesuaian
Ketua : Akma 203935
Penolong : Hidayah
203937
Editor : Hapizah 203936
Penolong Editor 1 :
Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 :
Anis 203012
Penolong Editor 3 :
Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah
203943
AJK Multimedia : Hayati
203007
AJK Emel : Adreana
204113
AJK Semakan : Vivian
202967
No comments:
Post a Comment