Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHASA ISYARAT

 PENGISIAN CELIK BAHASA ISYARAT DBP



Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Link: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24


Celik Bahasa Isyarat disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di akaun utama Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 April 2020, Selasa jam 10.00 pagi.


Perkongsian ini telah disertai oleh ramai peserta dan memaparkan pengisian yang menarik dan bermanfaat untuk orang ramai. Menerusi video tersebut, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim memberikan banyak ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalamannya berkaitan dengan bahasa isyarat. Beliau merupakan seorang yang celik bahasa isyarat atau pandai berbahasa isyarat. Beliau turut berkongsi pengalaman sendiri bagaimana beliau berminat dan komited untuk belajar bahasa isyarat. Tambahan pula, dengan tekad dan ketekunan beliau berjaya menguasai bahasa isyarat dalam masa 2 bulan yang dibantu oleh platform Twitter. Ianya merupakan suatu perkara yang cukup mengagumkan dan menunjukkan bahawa jika seseorang berminat dan komited dengan sesuatu, maka dia akan mencapainya dengan baik dan mudah. 


Di samping itu, beliau bukan sahaja dapat menguasai bahasa isyarat dalam masa yang singkat, malah beliau turut mengembangkan dan menyebarkan bahasa isyarat yang dipelajari oleh beliau kepada ahli keluarga. Perkara ini merupakan suatu usaha murni dalam mengembangkan bahasa isyarat kepada khalayak ramai. Beliau telah menggalakkan lagi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan bahasa isyarat dalam khalayak ramai. Selain itu, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim juga turut melakukan sesi soal jawab bersama peserta siaran langsung tersebut dengan menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh peserta. Perkongsian beliau tentang bahasa isyarat tersebut telah dapat meningkatkan orang ramai untuk mula belajar bahasa isyarat kerana ianya merupakan sesuatu kaedah komunikasi yang penting dengan golongan yang kurang upaya.

...........

-BUKTI KEHADIRAN-


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...