ASAS FOTOGRAFI-PEMANDANGAN
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Pemandangan: Gambar pemandangan berfokus kepada keseluruhan gambar yang diingini. Gambar pemandangan yang cantik dan berjaya ialah gambar yang menampakkan keseluruhan gambaran yang jelas terhadap sekelilingnya. Namun begitu, gambar pemandangan juga boleh disertakan dengan manusia tetapi gambar lebih berfokus kepada gambar pemandangan berbanding dengan manusia. Video juga akan lebih cantik dan menarik.
PAPAN CERITA PEMANDANGAN
GAMBAR PEMANDANGAN
Model: Pulau Kapas
Gambar di atas menunjukkan pemandangan dua buah pulau yang berada di tengah lautan yang membiru. Air laut dan langit yang membiru dapat dilihat dengan jelas.
Model: Laut
Gambar di atas menunjukkan pemandangan di lautan. Batuan, air laut dan awan yang cantik dapat dilihat dengan jelas dan sangat memukau.
Model: Tasik
Gambar di atas menunjukkan pemandangan di sebuah tasik bekas lombong bijih timah. Air tasik yang membiru dan batuan yang besar dan awan yang cantik dapat dilihat dengan jelas.
Bukti Kehadiran
No comments:
Post a Comment