Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO SETEMPAT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai semua! Kali ini saya kembali lagi dengan asas videografi iaitu video setempat. Video setempat merupakan video yang dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat dan tidak memerlukan penyuntingan yang memfokuskan terhadap penceritaan tentang perkara yang berlaku pada masa itu. Selamat menonton dan diharap video ini memberikan manfaat kepada semua. Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/gIzFgZeSo6w

Video tersebut telah saya ambil pada petang 1 Syawal (14 Mei 2021) di ruang tamu rumah saya. Video tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti saya menonton drama sambil menjamu selera juadah hari raya. Saya membaca nota terlebih dahulu untuk memahami konsep dan proses penghasilan video setempat.

Peralatan yang saya gunakan untuk merakam video ialah 'ring light' iaitu sejenis lampu yang bulat untuk pengcahayaan yang bagus untuk kualiti yang baik. Hal ini adalah untuk meningkatkan kecerahan dalam video kerana cuaca pada petang tersebut mendung dan cahaya matahari yang terhad. Saya juga telah merakam video dengan menggunakan telefon pintar milik saya.

Seterusnya, saya telah 'set up' meja kopi supaya baran-barang dan makanan berada dalam keadaan dan kedudukan yang baik bagi memudahkan proses rakaman video.

........................................

Rujukan



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...