Wednesday, June 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Pada 8 Jun 2021 (Rabu) yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah mengadakan satu rancangan lansung sembang tamu yang bertajuk "Drama Korea: Realiti atau Fantasi" yang berlangsung pada jam 9:00 malam di platform akaun rasmi Facebook DBP Malaysia. Panel jemputan sembang santai tersebut merupakan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Siaran langsung tersebut berjalan dengan lancar dengan penyertaan ramai peserta dan ruangan komen amat meriah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa program ini telah mendapat sambutan dari ramai pihak terutamanya peminat drama Korea.

Siaran langsung tersebut dimeriahkan dengan perkongsian panel jemputan iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau memberikan banyak perkongsian tentang drama Korea yang terdahulu dan terkini. Beliau turut berkongsi bahawa beliau pernah menetap beberapa tahun di Korea. Di samping itu, ruangan komen siaran langsung tersebut turut meriah dengan komen-komen positif daripada peminat drama Korea umunya. Tidak ketinggalan juga soalan-soalan daripada peserta yang diajukan kepada panel. Beliau juga ada menyatakan bahawa rata-rata drama Korea adalah berdasarkan daripada kisah benar atau realiti. Kerana itulah drama Korea dilihat menarik untuk ditonton asbab jalan cerita yang pelbagai.

Selain itu, pelakon-pelakon drama juga dapat menghayati emosi dengan baik dalam lakonan sehingga emosi tersebut sampai kepada penonton dan jalan cerita dapat disampaikan dengan baik. Ternyata, walaupun Prof. Dr. Normaliza sibuk dengan kerjaya beliau, namun beliau masih mempunyai masa untuk meluangkan masa menonton drama-drama Korea. Hal ini dibuktikan dengan perkongsian beliau tentang drama korea yang terkini dan popular. Tidak dinafikan saya juga merupakan salah seorang daripada peminat drama Korea. Hehehew.

Kepada anda yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, anda dapat menonton di akaun rasmi youtube Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia.


Youtube: DBPMalaysia
Pautan: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

.................

Kehadiran


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...