Wednesday, June 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

MISTERI KOPI

Pada 22 Jun 2021 (Selasa) yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah mengadakan satu rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi yang berlangsung pada jam 9:00 malam menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP. Panel jemputan sembang tamu tersebut merupakan Sr. Gs. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan yang merupakan seorang pensyarah di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Siaran langsung tersebut berjalan dengan lancar dengan penyertaan ramai peserta dan ruangan komen amat meriah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa program ini telah mendapat sambutan dari ramai pihak terutamanya peminat kopi.

Menerusi siaran langsung ini, panel jemputan iaitu Sr. Gs. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan telah berkongsi banyak perkara mengenai kopi dimana beliau sendiri merupakan peminat tegar kopi. Beliau berkongsi pengalaman hidup dengan hirupan kopi dan menjelaskan minat beliau terhadap kopi. Selain itu, beliau juga turut berkongsi nama-nama biji kopi, jenis kopi, kedai atau kafe kopi kegemaran beliau, melakukan sesi soal jawab dengan peserta dan banyak lagi. Jadi, kepada anda yang terlepas menonton siaran langsung tersebut boleh menonton kembali di akaun youtube rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBPMalaysia).


Youtube: DBPMalaysia
Pautan: https://youtu.be/d-q-toRLmD4

..........................

Bukti Kehadiran


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...