Friday, July 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-VIDEO TEMU BUAL

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO TEMU BUAL

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Video temu bual merupakan video yang dirakam untuk tujuan temu bual secara formal dimana kamera diletakkan di hadapan orang yang ditemu bual dan seorang individu lain akan duduk di sebelah kamera untuk bertanya soalan. Oleh itu, orang yang ditemu bual tidak akan memandang kamera dan menyebabkan pengambaran lebih teratur. Orang yang ditemu bual dan orang yang menemu bual akan duduk secara bersebelahan antara satu sama lain dan sekali sekala mereka akan memandang ke arah kamera. Sebelum menemu bual seseorang, penemu bual tersebut perlu mempunyai pengetahuan berkenaan perkara yang akan ditanya.

Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dijalankan. Lantaran itu, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan video temu bual dengan melakukan sesi temu bual secara dalam talian dengan menggunakan platform Zoom Meeting. Selamat menonton~~~ 


   
Youtube: Hapizah Ali


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...