Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS-DIEZ

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO FOKUS/TANPA WAJAH

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Video fokus atau video tanpa wajah merupakan video yang memberi tumpuan terhadap sesuatu item atau anggota badan. Video jenis ini mempunyai penceritaan yang membuatkan penonton berfikir dimana dalam video tersebut tidak terdapat emosi kerana wajah yang tidak kelihatan. Oleh itu, jalan cerita dapat difahami dan disampaikan dengan baik melalui video fokus ini. Di samping itu, durasi video fokus hanya dalam lebih kurang 3 minit atau berdasarkan durasi lagu yang dipilih dalam menyampaikan penceritaan. 

Berikut merupakan video fokus yang dihasilkan oleh kumpulan Diez hasil daripada perbincangan bersama semua ahli kumpulan. Semoga video ini dapat menambahkan pemahaman semua dan penceritaan dapat disampaikan dengan baik. Video ini adalah berfokus kepada wang kertas bernilai RM50. Selamat menonton! Hehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/vTu7A5hH1Ys

............................

Rujukan


Saturday, May 29, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM-DIEZ

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO SERAM

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan dan memberikan kesan yang menakutkan kepada penonton. Kebiasaannya video seram melibatkan kehadiran hantu atau entiti yang kelihatan dan juga yang tidak kelihatan. Durasi asas bagi video seram hanya dalam tujuh minit sahaja kerana penceritaan yang ringkas dan padat serta boleh melibatkan manusia dimana penceritaan mesti berfokus kepada aspek seram dan menakutkan. Selain itu, video seram dapat dilakukan di lokasi yang seram dan menakutkan oleh kebanyakkan orang seperti dalam hutan, rumah kosong dan terbiar, kubur dan lain-lain lagi.

Berikut merupaka video seram yang dihasilkan oleh ahli kumpulan saya iaitu Diez. Selamat menonton dan jangan lupa like dan kongsi! Hehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/l95LQxsojFc

.........................

Rujukan


BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

BAB 5: TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Taksonomi dan pendekatan strategi banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh seperti Tarone, Johnstone, Dornyei & Scott dan Normaliza Abd Rahim. Setiap tokoh mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza mengikut sudut pemahaman masing-masing berkaitan dengan sesuatu topik yang dibincangkan. Oleh itu, saya telah menyediakan satu video bermaklumat yang berkaitan dengan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Semoga video ini memberikan banyak manfaat dan maklumat kepada semua. Selamat menonton! Hehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/5DOHOGZh3hU

......................

Rujukan


BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

KEMANUSIAAN

Kemanusiaan merupakan sifat yang perlu ada dalam setiap diri insan yang bergelar manusia. Sifat tersebutlah yang menjadikan manusia sebagai manusia. Melalui platform media sosial Twitter milik saya, saya telah twit satu post berkenaan dengan kemanusiaa. Jangan lupa singgah di akuan Twitter milik saya iaitu @hapizahAl. Di samping itu, saya juga melihat retweet twit rakan-rakan dan saling berbalas pendapat.



Rakan-rakan









BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

KESILAPAN

Hai, semua! Kali ini saya telah membuat post di Instagram berkenaan dengan topik 'kesilapan'. Ianya merupakan sebahagian daripada tugasan saya. Di samping itu, saya sempat melihat posting oleh rakan-rakan saya dan berbalas komen. Jangan lupa untuk singgah di akaun Instagram saya iaitu @yuyu.yaaa hehew~~~



Rakan-rakan













BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

PANTUN EMPAT KERAT

Hai semua! Kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan pantun empat kerat yang saya cipta sendiri. Penciptaan pantun ini juga merupakan sebahagian daripada tugasan saya bagi minggu ke 9 yang dijalankan di platform media sosial Facebook milik saya iaitu Hapizah Ali. Di samping itu, saya juga berbalas pantun bersama dengan rakan-rakan saya.




Rakan-rakan












Saturday, May 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT-DIEZ

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO ONE SHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Video one shot merupakan video yang dirakam tanpa mengerakkan alat perakam video. Dalam erti kata lain, alat perakam seperti kamera atau telefon pintar berada di tempat yang sama dan statik. Video ini tidak memerlukan suntingan dan bahagian akhir video memerlukan kredit dimana video one shot ini banyak digunakan bagi penggambaran untuk menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan seperti mimik nyanyian.

Video one shot biasanya berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi bagi lagu yang dipilih. Dalam pada itu, video one shot juga boleh dirakam dengan kaedah rakam one shot two layer dan one shot three layer.

Berikut merupakan rakaman video one shot yang dirakam oleh kumpulan saya hasil perbincangan bersama semua ahli kumpulan Diez. Selamat menonton dan jangan lupa tekan butang like dan share! Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/cdhNHIeJZBQ



ONE SHOT TWO LAYER

Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain nyanyian dimana biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam nyanyian atau lagu. Perkara akan membuatkan video bertambah menarik

Berikut merupakan video one shot two layer yang dirakam oleh kumpulan Diez hasil perbincangan bersama semua ahli kumpulan. Selamat menonton. Hehehew~~~


 
Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/5h0vgSvawEM 



ONE SHOT THREE LAYER

Video one shot three layer merupakan video yang dirakam dengan menunjukkan terdapat tiga lapisan dalam video seperti lapisan nyanyian, lakonan dan pergerakan. Lapisan pergerakan dapat dihasilkan dengan pokok bergoyang, bendera berkibar, kereta melintasi kawasan penggambaran secara sengaja atau tidak sengaja.

Berikut merupakan rakaman one shot three layer oleh kumpulan Diez hasil daripada perbincangan bersama semua ahli kumpulan. Selamat menonton. Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/8FMYc5Z2w5s


Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

BAB 4: STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan
: Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ).
 Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Hai semua! Kali ini saya kembali dengan sedikit maklumat atau info kepada semua iaitu berkaitan dengan strategi komunikasi. Diharap maklumat ini dapat difahami dengan mudah dan memberikan manfaat kepada semua. Selamat membaca! Hehehew~~~







 
Peta minda di atas menjelaskan tentang bentuk strategi komunikasi. Definisi dan konsep strategi komunikasi adalah berbeza-beza mengikut tokoh. Hal ini kerana setiap individu mempunyai pendirian dan pemahaman yang berbeza dengan orang lain. Namun, ramai tokoh yang berpendapat hampir sama iaitu strategi komunikasi dianggap sebagai pemangkin bagi semua paradigma disiplin berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Zerfass et al. (2018), Heidi et al. (2018), Ruler (2018) dan Werder et al. (2018).

Dalam pada itu, strategi komunikasi yang digunakan ialah melalui pengunaan teknologi yang terkini, bahasa isyarat atau bahasa badan, bahasa sebutan atau ujaran, dan melalui penceritaan penulisan atau teks.

Seterusnya, strategi ini penting kerana ianya dapat menjadikan komunikasi lebih berkesan, untuk kefahaman mesej kedua-dua belah pihak, pembentukan sahsiah dan menyebarkan budaya dalam masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama. Di samping itu, Hue (2017) berpendapat bahawa strategi komunikasi  penting supaya mesej yang ingin disampaikan itu tidak mempunyai sebarang keraguan dan disalah anggap oleh pendengar.

...............................

Rujukan

Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-DOKUMENTARI HARI RAYA-DIEZ

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO DOKUMENTARI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai semua! Kali ini kumpulan kami iaitu Diez telah diberikan tugasan untuk merakam video dokumentari hari raya. Dalam video tersebut jelas kelihatan suasana raya di rumah masing-masing. Semoga anda terhibur dan menyukainya! Selamat menonton dan jangan lupa tekan butang 'like' dan share video ini. Mungkin selepas ini anda dapat menghasilkan video dokumentari anda sendiri. Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/xsZsYBsmMy4

..........................

Bukti Kehadiran


BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO SETEMPAT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai semua! Kali ini saya kembali lagi dengan asas videografi iaitu video setempat. Video setempat merupakan video yang dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat dan tidak memerlukan penyuntingan yang memfokuskan terhadap penceritaan tentang perkara yang berlaku pada masa itu. Selamat menonton dan diharap video ini memberikan manfaat kepada semua. Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/gIzFgZeSo6w

Video tersebut telah saya ambil pada petang 1 Syawal (14 Mei 2021) di ruang tamu rumah saya. Video tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti saya menonton drama sambil menjamu selera juadah hari raya. Saya membaca nota terlebih dahulu untuk memahami konsep dan proses penghasilan video setempat.

Peralatan yang saya gunakan untuk merakam video ialah 'ring light' iaitu sejenis lampu yang bulat untuk pengcahayaan yang bagus untuk kualiti yang baik. Hal ini adalah untuk meningkatkan kecerahan dalam video kerana cuaca pada petang tersebut mendung dan cahaya matahari yang terhad. Saya juga telah merakam video dengan menggunakan telefon pintar milik saya.

Seterusnya, saya telah 'set up' meja kopi supaya baran-barang dan makanan berada dalam keadaan dan kedudukan yang baik bagi memudahkan proses rakaman video.

........................................

Rujukan



Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DIEZ

Simpulan Bahasa

Hai, semua! Kumpulan Diez telah diarahkan untuk menghasilkan sebuah video berkenaan simpulan bahasa Bahasa Melayu. Kami telah sertakan gambar dan simpulan bahasa di dalam video tersebut, tetapi anda semua perlu meneka apakah maksud disebalik simpulan bahasa berdasarkan gambar yang telah disertakan. Selamat mencuba dan semoga berjaya! 

Oh, ya. Jangan lupa tekan butang 'like' dan komen berapakah makna simpulan bahasa yang anda dapat teka dengan betul dan jangan lupa kongsi video ini. Hehehew~~~


Youtube : Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/dgzpptnMLos

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI-FLATLAY

ASAS FOTOGRAFI - FLATLAY

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hai semua! Saya telah diarahkan untuk menghasilkan video berkenaan gambar-gambar flatlay yang terdapat dalam asas fotografi. Dalam proses menyiapkan video ini, saya telah belajar tentang banyak perkara! Semoga video ini bermanfaat untuk korang.


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https: //youtu.be/4IlP2pJQEOs


FLATLAY
- Gambar yang berbentuk gambar makanan atau item yang kecil dimana kamera berada pada kedudukan 90 darjah dan gambar nampak diambil dari atas.

HALF FLATLAY
- Gambar yang diambil dimana kamera berada pada kedudukan 45 darjah daripada item dan gambar kelihatan seperti diambil dari sisi atas.

QUARTER FLATLAY
- Gambar yang diambil dimana kamera berada pada kedudukan lebih kurang 22.5 darjah daripada item.

ZERO FLATLAY
- Gambar yang diambil dimana kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai atau meja dan lain-lain.

Video: Flatlay boleh gunakan namun dalam satu video boleh memfokuskan kepada tiap-tiap satu item dan boleh menunjukkan flatlay yang pelbagai.

......................

Bukti Kehadiran


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...