Saturday, May 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT-DIEZ

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO ONE SHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Video one shot merupakan video yang dirakam tanpa mengerakkan alat perakam video. Dalam erti kata lain, alat perakam seperti kamera atau telefon pintar berada di tempat yang sama dan statik. Video ini tidak memerlukan suntingan dan bahagian akhir video memerlukan kredit dimana video one shot ini banyak digunakan bagi penggambaran untuk menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan seperti mimik nyanyian.

Video one shot biasanya berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi bagi lagu yang dipilih. Dalam pada itu, video one shot juga boleh dirakam dengan kaedah rakam one shot two layer dan one shot three layer.

Berikut merupakan rakaman video one shot yang dirakam oleh kumpulan saya hasil perbincangan bersama semua ahli kumpulan Diez. Selamat menonton dan jangan lupa tekan butang like dan share! Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/cdhNHIeJZBQ



ONE SHOT TWO LAYER

Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain nyanyian dimana biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam nyanyian atau lagu. Perkara akan membuatkan video bertambah menarik

Berikut merupakan video one shot two layer yang dirakam oleh kumpulan Diez hasil perbincangan bersama semua ahli kumpulan. Selamat menonton. Hehehew~~~


 
Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/5h0vgSvawEM 



ONE SHOT THREE LAYER

Video one shot three layer merupakan video yang dirakam dengan menunjukkan terdapat tiga lapisan dalam video seperti lapisan nyanyian, lakonan dan pergerakan. Lapisan pergerakan dapat dihasilkan dengan pokok bergoyang, bendera berkibar, kereta melintasi kawasan penggambaran secara sengaja atau tidak sengaja.

Berikut merupakan rakaman one shot three layer oleh kumpulan Diez hasil daripada perbincangan bersama semua ahli kumpulan. Selamat menonton. Hehehew~~~


Youtube: Hapizah Ali
Pautan: https://youtu.be/8FMYc5Z2w5s


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...