Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

BAB 4: STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan
: Normaliza Abd Rahim. ( 2019 ).
 Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Hai semua! Kali ini saya kembali dengan sedikit maklumat atau info kepada semua iaitu berkaitan dengan strategi komunikasi. Diharap maklumat ini dapat difahami dengan mudah dan memberikan manfaat kepada semua. Selamat membaca! Hehehew~~~







 
Peta minda di atas menjelaskan tentang bentuk strategi komunikasi. Definisi dan konsep strategi komunikasi adalah berbeza-beza mengikut tokoh. Hal ini kerana setiap individu mempunyai pendirian dan pemahaman yang berbeza dengan orang lain. Namun, ramai tokoh yang berpendapat hampir sama iaitu strategi komunikasi dianggap sebagai pemangkin bagi semua paradigma disiplin berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Zerfass et al. (2018), Heidi et al. (2018), Ruler (2018) dan Werder et al. (2018).

Dalam pada itu, strategi komunikasi yang digunakan ialah melalui pengunaan teknologi yang terkini, bahasa isyarat atau bahasa badan, bahasa sebutan atau ujaran, dan melalui penceritaan penulisan atau teks.

Seterusnya, strategi ini penting kerana ianya dapat menjadikan komunikasi lebih berkesan, untuk kefahaman mesej kedua-dua belah pihak, pembentukan sahsiah dan menyebarkan budaya dalam masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama. Di samping itu, Hue (2017) berpendapat bahawa strategi komunikasi  penting supaya mesej yang ingin disampaikan itu tidak mempunyai sebarang keraguan dan disalah anggap oleh pendengar.

...............................

Rujukan

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS ...